Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bimmer Brunei jelajah Sipitang

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 19 FEB – Rombongan yang terdiri daripada 12 ahli Pasukan Bimmer Brunei telah melakukan perjalanan sejauh 130km ke Sipitang, Sabah sebagai sebahagian daripada perjalanan patriotik yang diadakan pada 17 Februari lalu.

    Dipimpin oleh ketua mereka, Awang Mohd Sazali bin Haji Mohd Yassin dengan dibantu oleh Haji Amirul Muslimin bin Haji Puting, rombongan bertolak ke Sipitang sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-39.

    Baru sahaja ditubuhkan pada 25 November 2022, kumpulan berkenaan bukan sahaja membuat perjalanan untuk meraikan peristiwa penting tetapi juga sebagai peluang kepada ahli-ahli untuk menghargai pemanduan yang indah di sepanjang perjalanan.

    Ahli Pasukan Bimmer Brunei bergambar ramai di Sipitang, Sabah, baru-baru ini. – Gambar serahan Pasukan Bimmer Brunei
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda