Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    BIMP-EAGA bincang pulih laluan udara Davao-Manado, perkukuh perdagangan halal

    DAVAO CITY, 13 NOV – Para pegawai Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) membincangkan rancangan memulihkan semula laluan udara Davao-Manado dan memperkukuh kerjasama industri halal semasa mesyuarat peringkat menteri, kelmarin.

    Agensi Berita Filipina (PNA) melaporkan bahawa Setiausaha Rendah Pihak Berkuasa Pembangunan Mindanao, Janet Lopoz, yang juga pegawai kanan alternatif Filipina untuk BIMP-EAGA berkata satu pasukan petugas bersama Indonesia akan menilai kelayakan laluan itu.

    Beliau menjelaskan bahawa rangka kerja pengangkutan ASEAN yang dipertingkat dan diluluskan bulan lalu membolehkan destinasi tanpa had, sekali gus membuka potensi penerbangan untuk penumpang di Cebu sebelum meneruskan perjalanan ke Davao, Manado dan Bali.

    “Kami sedang melihat kerjasama dengan Malaysia dan Indonesia dalam aspek pengeluaran, manakala Brunei Darussalam sebagai pasaran penyatuan awal,” kata Lopoz lagi. – Bernama

    Mesyuarat Peringkat Menteri bagi BIMP-EAGA yang diadakan di Davao City, Filipina, pada 12 November. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda