Tuesday, July 22, 2025
32.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bin Shen tinggalkan BAM Januari

    KUALA LUMPUR, 20 DIS – Jurulatih pasukan Malaysia, Tan Bin Shen akan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 13 Januari ini.

    BAM dalam kenyataan hari ini menzahirkan penghargaan kepada Bin Shen atas dedikasi dan sumbangannya kepada badminton Malaysia terutamanya dalam memainkan peranan ke atas pencapaian bekas juara dunia dan pemenang pingat Olimpik Aaron Chia and Soh Wooi Yik.

    “Ia satu perjalanan yang memberikan kepuasan bekerja dengan pasukan beregu lelaki.

    Saya bangga dengan apa yang kami capai bersama dan saya teruja untuk cabaran baharu akan datang,” kata Bin Shen yang menyertai BAM sebagai jurulatih beregu lelaki pada 2020 dan telah memainkan peranan penting dalam pembangunan pasukan itu.

    Sementara itu, Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata Bin Shen telah memberikan sumbangan signifikan kepada badminton Malaysia dan komitmennya dalam membangunkan bakat dan juara adalah tidak ternilai.

    “Kami amat berterima kasih atas kerja keras dan dedikasi beliau,” kata Kenny.

    BAM turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Bin Shen dalam memulakan lembaran baharu kariernya dan persatuan itu akan mengumumkan ketua jurulatih baharu beregu lelaki apabila tiba masanya. – Bernama

    Tan Bin Shen akan meninggalkan BAM pada 13 Januari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda