Wednesday, May 21, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bina budaya keselamatan utamakan kesejahteraan tenaga kerja

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI -Tempat kerja merupakan nadi penggerak kepada kemajuan Negara Brunei Darussalam. Ia merupakan platform yang memacu inovasi dan menyumbang kepada kemakmuran rakyat serta pembangunan negara.

    Justeru, persekitaran kerja yang kondusif, selamat dan sihat bukan sahaja menjadi teras kepada kesejahteraan setiap individu yang bekerja, tetapi juga memberi impak yang
    besar kepada kesejahteraan keseluruhan negara.

    Perkara itu dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Menteri Yang Bertanggungjawab bagi Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA), Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof dalam perutusannya sempena Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2025.

    Yang Berhormat Pehin menyatakan bahawa 28 April merupakan tarikh memperingati Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2025, pihak SHENA ingin menegaskan kembali betapa pentingnya keselamatan dan kesejahteraan tenaga kerja.

    “Ini bukan sekadar satu dasar atau peraturan, tetapi satu keutamaan yang tidak boleh diabaikan atau kompromi.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi.

    “Tenaga kerja kita adalah aset negara yang paling berharga, dan kesejahteraan mereka mesti diberikan keutamaan kerana mereka juga adalah kunci kepada masa depan yang produktif, mampan dan berdaya saing.

    “Majikan dan pekerja mesti terus bekerjasama untuk memastikan persekitaran kerja yang sentiasa selamat, sihat dan kondusif di mana hanya dengan langkah-langkah yang terancang dan komitmen yang teguh, kita dapat mencapai matlamat bersama demi membina sebuah negara yang lebih cemerlang,” tambah beliau.

    Tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2025 iaitu Merevolusikan Kesihatan dan Keselamatan: Peranan AI dan Pendigitalan di Tempat Kerja, mencerminkan perubahan mendalam yang sedang melanda pelbagai industri di seluruh dunia.

    Dengan kadar penembusan Internet sebanyak 99 peratus setakat Januari 2025, menjadikannya tertinggi di Asia Tenggara, Negara Brunei Darussalam berada dalam kedudukan yang amat unik untuk menyambut revolusi berkenaan dengan penuh manfaat.

    Sebagai keutamaan dalam agenda kepelbagaian ekonomi, sektor ICT negara telah menunjukkan pertumbuhan yang luar biasa.

    Yang Berhormat Pehin menyatakan sektor itu berkembang daripada hanya 0.1 peratus pada 2019 kepada 15.9 peratus pada 2020, didorong oleh penggunaan pesat pembayaran digital dan e-dagang yang terus mempercepatkan transformasi ekonomi digital negara, khususnya sejak pandemik COVID-19.

    Kejayaan itu memberikan asas kukuh untuk mengintegrasikan kemajuan teknologi dalam aspek keselamatan di tempat kerja, sesuai dengan titah terkini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai perjalanan transformatif negara.

    Yang Berhormat Pehin dalam perutusan berkata semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ke-21, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah menyentuh perihal kecerdasan buatan (AI) dan keupayaannya untuk membuka peluang baharu dalam usaha memperkasakan sumber manusia dan keupayaan negara.

    “Oleh itu, kita kini berada di ambang era baharu yang menjanjikan transformasi mendalam berkaitan dengan cara kita bekerja. AI dan pendigitalan menawarkan peluang yang besar untuk meningkatkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, walaupun ia membawa cabaran yang mesti ditangani secara proaktif oleh semua pihak berkepentingan.”

    Potensi teknologi seperti AI termasuk automasi tugas, pemantauan berasaskan AI dapat mengesan keadaan bahaya lebih awal serta sistem penyelenggaraan ramalan yang dapat mencegah kegagalan peralatan sebelum berlaku.

    Platform digital pula berperanan menyelaraskan latihan keselamatan, menambah baik penilaian risiko dan memudahkan komunikasi masa nyata, memastikan maklumat keselamatan dapat diakses oleh semua pekerja.

    Walau bagaimanapun, peralihan teknologi ini perlu dilaksanakan dengan berhemah, mengambil kira cabaran seperti privasi data dan risiko kehilangan pekerjaan akibat automasi.

    Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengambil langkah-langkah penting melalui Pelan Induk Ekonomi Digital 2025 dan Pelan Transformasi Digital 2023-2027 untuk pendidikan, dengan hasrat mencapai masa depan digital yang maju dan beretika.

    Pendekatan ini selaras dengan aspirasi negara ke arah Wawasan 2035, memastikan teknologi dimanfaatkan secara menyeluruh untuk kesejahteraan tenaga kerja merentasi semua sektor.

    Negara Brunei Darussalam sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, dengan SHENA terus memainkan peranan utama dalam memperkukuh rangka kerja kawal selia.

    Namun, tanggungjawab berkenaan bukan sahaja terletak pada SHENA, tetapi merupakan amanah bersama yang melibatkan majikan dan pekerja secara keseluruhan.

    Melalui pendekatan integratif itu dan pensejajaran dengan amalan terbaik antarabangsa, Negara Brunei Darussalam dapat memastikan tempat kerja yang selamat dan produktif kekal sebagai keutamaan.

    Pada masa yang sama, AI dan pendigitalan yang bertanggungjawab akan memainkan peranan penting dalam mencipta persekitaran kerja yang lebih selamat dan sihat untuk manfaat semua.

    “Bersempena dengan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2025, marilah kita mengukuhkan komitmen untuk membina budaya keselamatan yang mengutamakan kesejahteraan tenaga kerja.

    “Dengan usaha bersama, kita dapat memastikan tempat kerja yang selamat, sihat, dan harmoni, terus menjadi piawaian bagi semua sektor,” ujar Yang Berhormat Pehin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/