Friday, March 14, 2025
23.8 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Bina enam kapal selam penyerang berkuasa nuklear

NEW DELHI, 30 DIS – Tentera Laut India merancang untuk membina 18 kapal selam konvensional dan enam kapal selam penyerang berkuasa nuklear sebagai sebahagian daripada armada bawah lautnya, lapor agensi berita China Xinhua memetik Asian News International (ANI) semalam.

“Lapan belas kapal selam (konvensional) serta enam kapal selam SSN (penyerang berkuasa nuklear) dirancang dibina namun kekuatan sedia ada ialah 15 kapal selam konvensional dan 1 SSN,” lapor agensi berita itu memetik kenyataan jawatankuasa tetap India berkaitan pertahanan.

Menurut agensi berita itu, Tentera Laut India kini beroperasi menggunakan kapal selam buatan Rusia (kelas Kilo), kapal selam buatan Jerman (HDW) dan kapal selam terkini buatan Perancis (Scorpene) dalam kategori konvensional manakala dalam kategori nuklear, ia telah menyewa sebuah kapal selam dari Rusia iaitu INS Chakra (Akula).

“Tentera laut turut memaklumkan jawatankuasa itu bahawa dalam tempoh 15 tahun lepas, hanya dua buah kapal selam konvensional telah diperoleh iaitu INS Kalvari dan INS Khanderi daripada kelas Scorpene.

“Ia turut memaklumkan bahawa kesemua 13 buah kapal selam sedia ada berusia antara 17 dan 31 tahun,” menurut laporan itu. – Bernama

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda