Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bina hospital baharu moden, khidmat lebih cekap

    Saya amat menyokong titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa lawatan tidak berjadual Baginda ke Kementerian Kesihatan dan Hospital RIPAS, baru-baru ini.

    Permasalahan yang diutarakan seperti isu menunggu lama memang harus dan perlu diperbaiki, manakala penubuhan hospital baharu adalah wajar dilaksanakan dengan secepatnya.

    Demi mencapai wawasan 2035 yang tinggal 11 tahun lagi, jadi ada baiknya pembaharuan dan pembaikan dalam bidang kesihatan perlu dilakukan segera.

    Kita perlu belajar dari masa lalu semasa COVID-19 melanda, ketika wad-wad dipenuhi dan peralatan tidak mencukupi sehingga pesakit-pesakit ditempatkan sementara di pusat-pusat pengasingan.

    Oleh itu, pihak-pihak berkenaan wajar bertindak lebih pantas untuk sebarang kemungkinan, selain menaiktaraf kemudahan kesihatan kita di sini.

    Seperti yang kita maklum, perkhidmatan dan kemudahan kesihatan kita masih lagi terdapat kekurangan untuk menampung keperluan masyarakat di sini.

    Ini kerana, apabila saya bandingkan dengan sebuah hospital di Jerudong, saya dapati
    fasiliti yang terdapat di sana amat mengagumkan, bukan saja itu, perkhidmatan dan layanan yang mereka berikan juga menyenangkan.

    Saya amat berharap agar kita mempunyai sebuah lagi hospital besar, moden dan dilengkapi dengan peralatan perubatan canggih yang diterajui oleh doktor-doktor dan jururawat tempatan.

    Julang titah

    Foto Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...