KUALA LUMPUR – Malaysia sudah bersedia untuk menjadi peneraju dalam pembinaan jalan raya yang diperbuat daripada getah. Teknologi itu dijangka dikomersialkan sepenuhnya pada tahun hadapan, satu langkah yang pasti dialu-alukan oleh 440,000 pekebun kecil getah di negara ini kerana ia akan meningkatkan penggunaan domestik getah dan diharap dapat menstabilkan harga getah yang telah mengalami aliran