Sabtu, 22 November 2025
Klik Lagi

    Bina lebih banyak taman permainan

    Penulis ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya membina lebih banyak taman permainan di taman-taman perumahan. 
     
    Ini adalah kerana pada pemerhatian penulis, kurangnya taman-taman begini menyebabkan anak-anak lebih suka menghabiskan masa menghadap skrin telefon atau televisyen.
     
    Terdapat juga taman-taman yang telah sedia ada dibina namun ia terletak agak jauh dari kawasan perumahan dan agak terhad. Taman-taman yang telah sedia ada ini juga dalam keadaan yang kotor, rosak dan tidak selamat. Diharapkan kerja-kerja penyelenggaraan diadakan dengan baik dan lebih kerap demi menjaga kebersihan, keselamatan dan mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku.
     
    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ada menyarankan supaya anak-anak berusia lima tahun ke bawah harus lebih banyak bermain di luar dan kurangkan masa menghadap skrin gajet. Melalui aktiviti luar di taman permainan boleh membantu proses pembesaran fizikal, mental dan juga kemahiran sosial mereka serta mengeratkan hubungan kekeluargaan.
     
    Awang Jo
     
    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    Bladers negara sertai Beyblade X Serantau

    SINGAPURA, 11 NOV – Buat julung kalinya lima bladers...

    Roblox beri jaminan tingkat keselamatan – Hannah Yeoh

    KUALA LUMPUR, 3 NOV - Pihak Roblox memberi jaminan akan...

    Program pertukaran belia Brunei, Korea perkukuh kerjasama

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT...

    Jelajah Kerjaya kedua bermula di Daerah Belait

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 2 OKT – Pusat Pekerjaan...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...