Sabtu, 22 November 2025
Klik Lagi

    Bina, naik taraf hospital menerusi tabung dana

    Sebagai rakyat Brunei, saya sangat bersyukur kerana negara kita telah banyak membina masjid dan surau di setiap daerah.

    Malah, kewujudan Tabung Dana Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam membuktikan betapa seriusnya usaha kerajaan dalam menyediakan tempat ibadah yang selesa untuk masyarakat.

    Namun begitu, ketika saya meneliti penubuhan tabung berkenaan, timbul satu persoalan dalam fikiran saya, adakah pendekatan yang sama boleh digunakan untuk membina hospital rakyat atau menaik taraf hospital di setiap daerah?

    Hal ini timbul kerana beberapa kali saya mendengar pengalaman ahli keluarga dan rakan-rakan apabila berlaku kecemasan atau kemalangan di kawasan luar ibu negara, pesakit atau mangsa terpaksa dipindahkan ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bagi mendapatkan rawatan lebih lanjut.

    Perjalanan ambulans untuk sampai ke lokasi dan seterusnya kembali ke hospital mengambil masa yang panjang, lebih-lebih lagi jika melibatkan daerah yang jauh.

    Gambar Canva

    Keadaan sebegini tentu memberi risiko kepada pesakit, khususnya mereka yang berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan rawatan segera.

    Sekiranya negara dapat membina hospital baharu dengan kelengkapan moden, ia akan menjadi satu langkah yang sangat baik. Hospital berkenaan boleh dibina di tempat strategik bukan hanya tertumpu di kawasan Kiulap atau sekurang-kurangnya klinik sedia ada dinaik taraf dengan kemudahan pakar, bilik pembedahan dan unit kecemasan moden.

    Selain meningkatkan akses kepada rawatan kesihatan, langkah ini juga mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan. Kita maklum setiap tahun, ramai graduan lepasan perubatan, kejururawatan dan bidang berkaitan berdepan cabaran mendapatkan pekerjaan.

    Saya yakin usaha sebegini bukan sahaja meringankan beban hospital sedia ada, tetapi juga memberi ketenangan kepada rakyat kerana mereka tahu rawatan perubatan boleh diperoleh dengan lebih cepat dan dekat.

    Justeru, saya berharap cadangan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak yang berkenaan kerana ia bukan sahaja menyentuh soal kesihatan, malah juga masa depan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

    Azzahra

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    Brunei, S’pura perkukuh kerjasama agromakanan

    Oleh Sim Y.H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV –...

    3 syarikat tanam 55 pokok sempena ulang tahun BSB

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV -...

    MoU AFSA, TSST Event Management beri peluang kepada RS  

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 2 NOV -...

    Pesta Konvo IBTE ke-33 dirasmikan

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OKT -...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...