Tuesday, March 18, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bina panel solar tingkat pengeluaran produk kranberi

    CARVER – Harga kranberi yang merosot dan konflik perdagangan yang sering berlaku di AS khususnya dalam industri kranberi, petani cuba meninjau kemungkinan penyelamat baharu iaitu kuasa tenaga solar.

    Sesetengah petani kranberi di Massachusetts, penanam kedua terbesar selepas Wisconsin, bercadang untuk membina panel solar di atas tanah yang mereka tuai selepas sahaja musim luruh.

    Ia merupakan satu pendekatan baharu bagi menggabungkan teknologi tenaga yang boleh diperbaharui dengan pertanian tradisional yang telah dikaji di seluruh dunia akan tetapi belum dicuba sebelum ini pada penanaman secara berskala besar, menurut pakar tenaga solar dalam industri pertanian. Idea asasnya adalah untuk membina tatasusunan solar yang cukup tinggi dari tanah dan dalam kelompok yang lebih luas bagi membolehkan tanaman ditanam dengan selamat dan dapat dituai di bawahnya.

    Petani kranberi berharap dapat menjimatkan masa sekali gus dapat mengumpul pendapatan tambahan – dalam bentuk pajakan tanah jangka panjang dengan pemaju solar – namun masih menghasilkan buah beri untuk beberapa generasi seterusnya. Kajian yang dibuat seluruh negara juga menunjukkan bahawa tanaman tertentu di bawah iklim berpatutan boleh berkembang di bawah panel solar, walaupun tidak jelas ketika ini bagaimana kranberi akan menjana pendapatan.

    Michael Wainio, petani kranberi generasi keempat berkata bahawa dia telah menjual sebahagian tanahnya, memulakan perniagaan sampingan untuk menanam tanaman lain dan melancarkan perniagaan seperti menjual roti sejak kebelakangan ini untuk memenuhi keperluan.

    Petani kranberi berharap dapat menjimatkan masa sekali gus dapat mengumpul pendapatan tambahan – dalam bentuk pajakan tanah jangka panjang dengan pemaju solar. – AP

    Bagi memenuhi syarat, susunan mesti menepati keperluan reka bentuk tertentu, seperti dibina sekurang-kurangnya lapan kaki dari tanah. – AP

    Wainio sedang bekerjasama dengan pemaju NextSun Energy mengenai projek yang akan meletakkan sekitar 27,000 panel solar di kawasna 60 ekar tanah di tiga ladang di Carver, berhampiran Cape Cod. Projek itu akan menghasilkan kira-kira 10 megawatt tenaga untuk memberikan bekalan tenaga kepada lebih daripada 1,600 kediaman, menurut NextSun.

    Berdepan cabaran yang sengit

    Industri kranberi telah sekian lama berdepan cabaran berikutan kesan gabungan tanaman yang berlebihan dan permintaan yang lemah terhadap salah satu produk utamanya, jus kranberi, kata Brian Wick, Pengarah Eksekutif Persatuan Penanam Cape Cod Cranberry.

    Harga jus kranberi telah menjunam sebanyak 57 peratus sedekad yang lalu, iaitu daripada kira-kira AS$58 setong pada tahun 2008 kepada AS$25 setong pada tahun 2018, menurut data Jabatan Pertanian AS. Tetapi Wick berkata bahawa kos untuk menghasilkan buah beri merah di Massachusetts bernilai AS$35 setong.

    USDA membenarkan industri untuk membuang berjuta-juta pound buah pada tahun 2017 dan 2018 bagi menstabilkan harga, tetapi pertikaian perdagangan negara yang berlaku dengan Eropah dan China terus memujuk perjuangan bagi pengeluar kranberi di mana sebelum ini mengeksport sekitar 30 peratus produk-produk mereka, kata Wick.

    Di Massachusetts, penanam kranberi dan rakan kongsi solar berharap untuk mengambil kesempatan daripada insentif tenaga yang boleh diperbaharui dan bertujuan bagi menggalakkan projek solar serta pertanian ‘Dual Use’.

    Bagi memenuhi syarat, susunan mesti menepati keperluan reka bentuk tertentu, seperti dibina sekurang-kurangnya lapan kaki dari tanah. Projek ini juga mesti menyediakan laporan tahunan yang menunjukkan tanah di bawah panel tetap produktif untuk pertanian.

    Sekurang-kurangnya satu cadangan telah menerima kelulusan negeri, di mana segelintir petani masih sedang diteliti malah lebih banyak lagi sedang menunggu sebelum pihak berkuasa tempatan membenarkannya, kata pegawai industri dan industri kranberi.

    A.D Makepeace, penanam kranberi terbesar di dunia dan salah satu pemilik tanah terbesar Massachussetts, kini tidak mahu mengambil kesempatan terhadap insentif terbaharu itu, kata jurucakap Linda Burke.

    Syarikat itu sudah mempunyai tujuh kawasan solar di seluruh kawasan seluas 12,000 ekar walaupun sistem itu dibina pada tahun lalu di tanah yang tidak digunakan untuk kranberi yang semakin meningkat, katanya.

    “Kami fikir dengan penggunaan ‘Dual Use’ itu akan lebih baik dan sesuai untuk sejenis pertanian lain,” kata Burke. “Jika anda berfikir, tentang kranberi, ia lebih sesuai untuk ditanam di tempat yang terbuka dan itulah sebabnya, ia memerlukan matahari,” jelasnya kepada media. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda