Oleh Sim Y. H. – BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Negara Brunei Darussalam telah membangunkan Strategi Sekuriti Siber Kebangsaan Brunei (BNCSS) iaitu strategi sekuriti siber kebangsaan yang mengandungi lima bidang keutamaan atau matlamat untuk dicapai melalui Pelan Tindakan Kebangsaan. Pelan itu memberikan penekanan kepada pembinaan sebuah ruang siber yang lebih selamat, dipercayai dan berdaya

