SEORANG pemuda penganalisis sistem dari Brazil telah berjaya menjimatkan separuh kos dari pembinaan sebuah rumah bata dua tingkat, dengan melakukan semua pekerjaan itu dengan usaha sendiri sahaja, tanpa mengupah kru pembinaan profesional. Beliau betul-betul tidak mempunyai pengalaman dalam sektor pembinaan, dia hanya mempelajarinya melalui tutorial dan arahan-arahan daripada YouTube dan juga keluarga serta rakan-rakannya.
Evandro Klimpel Balmant, 33 dan isterinya Ane Caroline de Jesus Balmant, 34, tinggal di sebuah rumah yang cantik berukuran 200 meter persegi yang telah mereka bina sendiri, di Almirante Tamandare, sebuah daerah metropolitan Curitiba, di Brazil. Ia mengambil masa tiga tahun untuk mendirikan rumah itu dan mereka masih melakukan kerja-kerja memplaster di bahagian atas, namun mereka mengatakan bahawa ianya sungguh berbaloi untuk ditunggu dan dikerjakan, terutamanya apabila mereka mampu menjimatkan sekitar 50 peratus dari kos sebenar pembinaan dari sebuah syarikat pembinaan.
Evandro tidak merancang untuk membina rumah itu sendiri, tetapi setelah mengetahui kos buruh untuk asas itu sahaja, dia memutuskan untuk sekurang-kurangnya mencuba. Ayah mertuanya telah mewarisi sebidang tanah dan telah memberitahunya dan Ane Caroline bahawa mereka boleh membina sebuah rumah di sana jika mereka mahu. Sering terganggu dengan bunyi bising di apartmen mereka di pusat bandar Curitiba, mereka pun berbincang dan bersetuju untuk menerima tawaran ayah mertuanya itu. Tetapi kemudian mereka sedar bahawa mengupah kru untuk hanya meletakkan asas-asas rumah impian mereka sudah memakan belanja sebanyak 12,000 Brazilian reals (AS$ 3,000), bahan binaan tidak termasuk dan terpaksa menimbang semula pilihan mereka.
Selepas melakukan kira-kira, Evandro mendapati bahawa walaupun menggabungkan kedua-dua gaji beliau dan Ane Caroline, ia tidak mampu untuk memenuhi kos tenaga kerja tersebut, apa-lagi bahan yang diperlukan. Itu tidak akan menjadi, jadi dia pun melayari Internet dan mula menonton tutorial di YouTube mengenai cara meletakkan bahan-bahan asas. Dia kemudian bercakap dengan sepupunya, yang mana seorang arkitek dan terpaksa mempelajarinya. Walaupun tidak mempunyai banyak pengalaman, hasil pembikinan asas tersebut adalah cukup baik dan itu membuatkan Evandro untuk lebih bersemangat untuk proses pembinaan seterusnya.
“Kemudian saya berhenti dan berfikir sejenak ‘jika saya dapat melakukan bahagian asas itu, jadi saya boleh melakukan yang lain,’” kata Evandro kepada Tribune of Paraná.

Beliau memulakan penyelidikan mengenai material untuk dinding dan memutuskan untuk menggunakan bata ekologi yang dihasilkan oleh kilang tempatan. Ia agak mahal daripada batu-bata biasa, tetapi ia menyediakan penebat haba dan akustik yang hebat dan lebih mudah untuk dipasang, kerana sistemnya seperti LEGO yang tidak memerlukan plaster. Selain itu, dia tidak perlu membayar kos pengangkutan, yang mana lebih banyak mengurangkan kos pembinaannya.
Terdapat beberapa perkara yang perlu beliau putuskan untuk meminta bantuan, seperti menuangkan konkrit pada tiang rumah dan juga tingkat atas rumahnya, yang mana dia telah mengupah seorang ahli profesional. Bapanya mempunyai pengalaman mengenai bumbung bangunan, jadi dia memanfaatkannya, membantu Evandro membina rangka kayu bumbung dalam hanya 15 hari dan menjimatkan tambahan 12,000 untuk mengupah seorang profesional.
Evandro mampu meletakkan jubin bumbungnya sendiri, tetapi dia tidak mahu mengambil risiko bagi sebarang jurang utama, yang mana akan menyebabkan kebocoran, jadi dia membayar seseorang untuk melakukan kerja itu.
Selepas tiga tahun kerja keras dan pelbagai cabaran yang tidak terkira, Evandro dan isterinya berjaya menyiapkan rumahnya dengan harga keseluruhan 150,000 reals (AS$ 37,600), kira-kira separuh harga daripada apa yang diperlukan oleh syarikat-syarikat pembinaan bagi saiz rumah sebegitu. Mereka sudah tinggal di sana dalam satu setengah tahun dan masih memerlukan plaster untuk bahagian atas rumahnya. Namun mereka tidak terburu-buru untuk menyiapkannya. Mereka boleh merancang kerja-kerja itu mengikut bajet mereka dan dapur, ruang tamu dan makan, bilik mandi, dua bilik tidur, balkoni, kawasan dobi dan garaj yang berada di ruangan bawah rumahnya itu adalah sudah lebih daripada memadai buat masa sekarang.
“Setiap peringkat adalah satu cabaran, tetapi saya berjaya memotong kos tenaga kerja hampir sepenuhnya dan itu pastinya bernilai,” kata Evandro Klimpel Balmant. – Agensi