Sunday, April 13, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bina stesen kereta api cetakan 3D dalam masa seminggu

    TOKYO, 11 APRIL – Syarikat-syarikat Jepun membina apa yang mereka gelar sebagai stesen kereta api cetakan 3D pertama di dunia, sebuah struktur padat dengan bumbung melengkung berwarna putih yang dipasang di kawasan luar bandar di wilayah barat negara itu.

    Pembinaan asas dan bahagian luar Stesen Hatsushima hanya mengambil masa tujuh hari untuk disiapkan, menurut Serendix Corportation, yang bekerjasama dengan West Japan Railway Company (JR West) dalam projek tersebut.

    Bahagian-bahagian stesen kereta api itu diperkukuh dengan keluli dan diisi dengan konkrit sebelum ia dipasang di tapak tersebut, menurut kenyataan JR West pada Mac lalu.

    Naohiro Ohashi dari JR West mengongsikan bahawa pembinaan stesen kereta api itu menggunakan kaedah konvensional dan ia mengambil masa satu hingga dua bulan untuk membina bumbung dan dindingnya.

    “Kami berjaya memasangnya dalam masa dua jam jadi kami ada kelebihan dari segi kecepatan,” katanya kepada wartawan bulan lalu. Proses pemasa-ngan bermula selepas kereta api terakhir meninggalkan stesen berkenaan di Arita, wilayah Wakayama, sekitar tengah malam dan semua siap sebelum kereta api pertama tiba sekitar jam 5 pagi.

    Kini bahagian dalamannya perlu disiapkan dan pagar tiket dipasang sebelum stesen itu boleh dibuka.

    Struktur ini setinggi 2.6 meter dan selebar 6.3 meter. Pada bahagian tepinya terdapat reka bentuk bulat timbul yang menyerupai buah oren mikan, iaitu kepakaran tempatan.

    Serendix berkata ia menggunakan ‘mortar khas’ untuk membina stesen itu dengan menggunakan pencetak 3D gred pembinaan yang dilengkapi dengan lengan robotik.- AFP

    Para pekerja sibuk memasang stesen kereta api cetakan 3D pertama di dunia. – New York Times
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda