Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bina studio baharu

    Penyanyi Black Hanifah mengorak langkah dengan mengusahakan studio rakaman yang bakal beroperasi Ogos ini sebagai persediaan masa depan.

    Black berkata, Nyawa Black Studio yang dibuka di USJ, Subang Jaya itu juga akan menjadi pusat sehenti untuk kerja rakaman, vokal dan tarian.

    “Buat masa ini, kami masih dalam proses pengubahsuaian, selain menunggu kerja pembaikan dan penambahan peralatan baharu.

    “Saya dibantu mereka yang berpengalaman seperti penggubah muzik, Johan John bagi memastikan operasi studio ini dapat memenuhi permintaan,” katanya.

    Pada masa sama, Nyawa Black Studio juga bakal dijadikan pusat operasi untuk syarikat pengurusan label miliknya, Nyawa Black Music yang dimulakan sejak 2017.

    Black juga turut memenuhi tanggungjawab social terhadap masyarakat. Beliau dilantik sebagai ikon Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bersama Aiman Tino, Ismail Izzani, Tomok dan empat selebriti lain, Black berkata, pembabitannya sebagai ‘suara’ agensi berkenaan dilakukan secara sukarela.

    Black berkata, dia sudah bersedia menggalas amanah dengan mengingatkan golongan muda bahaya pengambilan bahan terlarang itu, sama ada menerusi laman sosial atau secara turun padang. – Bernama

    Black mengatakan Nyawa Black Studio akan menjadi pusat sehenti untuk rakaman, vocal dan tarian.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda