Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Bina tandas di Pantai Meragang

    Ketika mengunjungi Pantai Meragang minggu lalu, saya melihat betapa meriahnya suasana di sepanjang jalan menuju ke pantai yang penuh dengan deretan kereta.

    Ternyata, pantai itu semakin popular dan menjadi tumpuan ramai, terutama pada waktu cuti sekolah atau hujung minggu.

    Bagaimanapun pantai yang mempunyai pemandangan indah menghadap lautan seluas mata memandang itu tidak dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas. Situasi itu tidak hanya menimbulkan ketidakselesaan kepada para pengunjung malah mereka yang berniaga kecil-kecilan di sana.

    Oleh itu, penulis berharap agar pihak berkuasa dapat menyediakan kemudahan tandas yang selesa dan mencukupi demi keselesaan dan kesejahteraan pengunjung.

    Inisiatif itu bukan sahaja dapat menarik pelancong untuk melihat keindahan pantai sambil menyaksikan matahari terbenam tetapi juga memudahkan penduduk yang berkelah bersama keluarga, selain menjaga kebersihan dan kelestarian pantai kitani.

    Terdapat juga pelancong yang memuji keindahan semula jadi pantai tersebut dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan seperti menyaksikan matahari terbenam sambil menyatakan agar ia dipulihara dengan pembangunan yang minimum dan tidak menjejaskan keasliannya serta hidupan marin.

    Penulis juga mengharapkan agar kawasan tersebut diperluaskan lagi dan dijadikan tempat bersantai bersama keluarga dan dimasukkan dalam senarai salah satu tarikan yang terdapat di Negara Brunei Darussalam.

    Mimi

    Gambar Freepik
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...