Sunday, September 24, 2023
22.3 C
Brunei

    -

    Binance gantung deposit susulan dakwaan AS

    WASHINGTON, 9 JUN – Bursa mata wang kripto terbesar dunia, Binance berkata kelmarin bahawa ia menggantung deposit dolar AS dan menggalakkan pelanggan mengeluarkan dolar mereka pada awal minggu depan, berikutan dakawaan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS).

    Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS pada Isnin mendakwa gergasi kripto tersebut melakukan pelanggaran undang-undang sekuriti yang dikatakan sebagai jaringan penipuan yang meluas dan dianggap mengelakkan undang-undang. Binance didakwa telah membenarkan penduduk AS untuk berdagang, walaupun platform itu tidak didaftarkan di AS sebagai bursa sekuriti. Kes itu juga mendakwa firma itu menyalahgunakan dana pelanggan.

    “Kelmarin, kami menggantung deposit dolar AS (USD) dan memberitahu pelanggan bahawa rakan kongsi perbankan kami sedang mempersiapkan penundaan saluran pengeluaran fiat (USD) seawal 13 Jun,” kata Binance.US di Twitter. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...