Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MEI – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Hal Ehwal Antarabangsa selaku Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) Komiti ASEAN mengenai Kebudayaan dan Penerangan (ASEAN-COCI) Negara Brunei Darussalam, menyertai Mesyuarat SCI ASEAN-COCI ke-22 yang dipengerusikan oleh kerajaan Thailand dengan timbalan pengerusi Republik Sosialis Vietnam melalui persidangan video yang diadakan di Bilik Serbaguna, Tingkat 2, Bangunan Tambahan, Jabatan Penerangan, hari ini.
Delegasi Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Haji Shahrul Jeffri bin Dato Paduka Haji Ibrahim selaku pengerusi SCI ASEAN-COCI Negara Brunei Darussalam.
Dalam mesyuarat itu, ahli-ahli SCI ASEAN-COCI membincangkan beberapa cadangan projek bagi tahun 2022 yang dicadangkan dari negara-negara ahli seperti Guide to Cyberbullying Training for Teachers and Students yang dicadangkan oleh Republik Indonesia, ASEAN Information Exchange Initiative (ASEAN Exchange 2022) yang dicadangkan oleh Kerajaan Thailand manakala Republik Indonesia mencadangkan Management of Government Information in Combating Fake News and Disinformation in the Media.
