Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bincang draf Pelan Strategik UNISSA

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerusi Pejabat Perancangan dan Pembangunan Strategik (PPPS) telah mengadakan siri kedua Retreat Penyediaan Pelan Strategik di Bilik Bankuet, Kampus Gadong, kelmarin.

    Retreat yang dihadiri pegawai-pegawai eksekutif dan pegawai-pegawai utama UNISSA itu bertujuan memberikan peluang kepada ahli-ahli untuk sama-sama meneliti dan membincangkan draf Pelan Strategik UNISSA hasil daripada sesi retreat, bengkel dan mesyuarat Jawatankuasa Penyediaan Pelan Strategik UNISSA yang bermula sejak September tahun lalu.

    Pelan strategik baharu itu disediakan untuk menjadi sumber rujukan dan panduan selama tempoh lima tahun iaitu 2024 hingga 2028 ke arah kecemerlangan UNISSA sebagai universiti Islam tulen di peringkat kebangsaan dan global.

    Siri kedua retreat tersebut telah diadakan dalam format perbincangan yang dipandu oleh Pengarah Pejabat Perancangan dan Pembangunan Strategik UNISSA, Dr Muhamad Alif bin Haji Sismat.

    Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal dalam amanatnya menekankan tentang kepentingan menilai semula kekurangan dalam pencapaian pelan strategik 2019-2023 yang dilaksanakan ketika ini agar dapat meng-gariskan pelan strategik baharu yang komprehensif dan holistik selaras dengan Wawasan Brunei 2035 dan Maqasid Syariah bagi mendukung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir.

    Dr Haji Norarfan bergambar ramai bersama peserta semasa retreat bertempat di Bilik Bankuet, Kampus Gadong, baru-baru ini. – Gambar serahan UNISSA
    Antara yang hadir semasa sesi tersebut. – Gambar serahan UNISSA

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...