Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Bincang hala tuju kesihatan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Mesyuarat Menteri-menteri Kesihatan ASEAN kali ke-15 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan telah bersidang di Bali, Indonesia pada 14 sehingga 15 Mei dengan tujuan untuk memberi landasan penting bagi perbincangan strategik mengenai hala tuju dan bidang-bidang keutamaan kesihatan yang perlu diberi perhatian di rantau ASEAN.

    Hadir mewakili negara ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar.

    Mesyuarat didahului dengan sidang retreat menteri-menteri kesihatan ASEAN bagi membincangkan mengenai usaha-usaha ASEAN dalam mengembangkan Pengiktirafan Bersama Sijil-sijil Kesihatan bagi COVID dan penubuhan Pusat ASEAN bagi Kecemasan Kesihatan Awam dan Kemunculan Penyakit-penyakit.

    Mesyuarat juga menumpukan topik perbincangan mengenai Membangun Sistem Kesihatan Serantau yang Berdaya Tahan serta Memecut Pemulihan dari COVID.

    Semasa mesyuarat, Yang Berhormat Dato dalam ucapannya telah mengetengahkan mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sistem kesihatan semasa pasca pandemik COVID.

    Selain menyarankan untuk meningkatkan lagi usaha-usaha bukan sahaja dalam memulihkan aspek kesihatan, dalam masa sama mengembangkan lagi cara-cara yang inovatif dalam mengukuhkan sistem kesihatan yang berdaya tahan untuk persediaan kecemasan kesihatan awam pada masa hadapan.

    Beliau juga menyeru supaya kerjasama ASEAN dalam pembangunan kesihatan diteruskan melalui pertukaran pandangan serta maklumat di dalam mempelajari kejayaan-kejayaan serta cabaran-cabaran yang ditempuhi di negara masing-masing.

    Menteri-menteri kesihatan ASEAN juga bersepakat untuk meluluskan Kenyataan Bersama yang mengetengahkan persetujuan bagi perkara-perkara yang berkepentingan.

    Antaranya, mengukuhkan akses kepada vaksin, terapeutik, dan diagnostik termasuk bekalan perubatan yang berkepentingan untuk tindakan dan persediaan terhadap pandemik.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menghadiri mesyuarat di Bali. – Gambar serahan Kementerian Kesihatan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...