Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bincang isu dan urus bencana

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Dua Hala kali ke-2 di Ibu Pejabat NDMC, Jalan Landasan Lama, Berakas, hari ini.

    Mesyuarat tersebut adalah di bawah memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerajaan Malaysia dalam bidang pengurusan bencana.

    Antara yang menyertai pelaksanaan mesyuarat itu ialah lima orang delegasi dari NADMA, Malaysia yang diketuai oleh Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril bin Idrus; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah; dan Pengarah NDMC, Negara Brunei Darussalam, Kol (B) Muhd Harrith Rashidi bin Haji Muhd Jamin.

    Semasa mesyuarat berkenaan, Taklimat NDMC telah disampaikan oleh Pegawai Pengurusan Bencana (Perancangan dan Analisa), NDMC, Negara Brunei Darussalam, Dayang Siti Joriahati binti Johari.

    Di samping itu, kedua-dua belah pihak juga membincangkan mengenai potensi mengadakan latihan sepadu antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Negara Brunei Darussalam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

    Mesyuarat turut menyaksikan sokongan kedua-dua belah pihak dalam membincangkan potensi bagi melaksanakan Penilaian Awal (Scoping) Keupayaan National Urban Search and Rescue (USAR) bagi Persiapan Mendapatkan Pengklasifikasian Antarabangsa International Search and Rescue Advisory Group (INSARAG) External Classification (IEC) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negara Brunei Darussalam dan juga Latihan Pengurusan Bencana di Canadian Aviation Electronics Brunei Multi-Purpose Training Centre (CAE Brunei MPTC).

    Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pengurus Besar CAE Brunei MPTC, serta pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Brunei Darussalam, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan NDMC.

    Kol (B) Muhd Harrith Rashidi dan delegasi NADMA semasa menghadiri mesyuarat tersebut di Ibu Pejabat NDMC, Jalan Landasan Lama, Berakas, kelmarin. – Gambar oleh Nurdiyanah R.

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda