Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bincang isu-isu pengurusan haji

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT – Untuk membincangkan peraturan-peraturan dan kehendak-kehendak yang berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan jemaah haji Negara Brunei Darussalam, Mesyuarat Persiapan Pengurusan Haji bagi Musim Haji Tahun 1446 Hijrah/2025 Masihi telah diadakan baru-baru ini di antara Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) bersama Kementerian Haji dan Umrah, Arab Saudi secara dalam talian.

    Mewakili KHEU pada mesyuarat tersebut ialah Setiausaha Tetap KHEU selaku pengerusi, Haji Muhammad Rosli bin Haji lbrahim; Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Riyadh Arab Saudi selaku wakil Tuan Yang Terutama Duta Besar lstimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi, Dayang Norhafizah binti Haji Mohd Sofian; Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Salminan bin Haji Burut; Setiausaha Ketiga (selaku wakil Pemangku Konsul Agung Negara Brunei Darussalam di Jeddah), Haji Khairul Amri bin Haji Bolhassan; Pengarah Urusan Haji, KHEU, Haji Abdullah bin Haji Mohamad; Pemangku Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, KHEDN, Haji Azmi bin Haji Abdul Rahim; Pemangku Penolong Pengarah Urusan Haji, KHEU, Haji Mohd Hisham bin Haji Maidin; dan Ataci Perhubungan Haji, Konsulat Agung Negara Brunei Darussalam di Jeddah, Haji Muhammad Naqib bin Haji Awang.

    Mesyuarat berkenaan turut membincangkan isu-isu yang berbangkit dalam pengurusan haji pada musim haji tahun lalu bagi tujuan penambahbaikan dan memastikan kelancaran pengurusan haji pada musim haji tahun 1446H/2025M.

    Hasil daripada mesyuarat ini akan dibawa ke mesyuarat peringkat menteri pada bulan Januari nanti, semasa menghadiri 4th Edition of the Haj Conference and Exhibition di Arab Saudi.

    Haji Muhammad Rosli semasa mempengerusikan mesyuarat berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda