Thursday, July 17, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bincang isu tuntutan, pertikaian dalam pembinaan

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – PUJA Academy Sdn Bhd dengan kerjasama Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA), pagi tadi, mengadakan Taklimat Teknikal mengenai tuntutan dan pertikaian dalam kejuruteraan dan pembinaan sebagai salah satu tajuk popular masa ini dalam industri pembinaan.

    Berlangsung di Dewan Indera Pahlawan, Kementerian Pembangunan, taklimat menumpukan kepada dua modul iaitu cara penyelesaian masalah tuntutan dan pertikaian dengan menjemput penyampai dari Malaysia, IR Harbans Singh K.S.

    Harbans merupakan jurutera profesional, penimbang tara, pengantara, pengadil, peguam bela dan peguam cara, selain itu beliau juga penyumbang kepada ‘The Ingenieur’, ‘The Malayan Law Journal’, ‘The Law Review’ dan penerbitan professional yang lain.

    IR Harbans Singh K.S ketika menyampaikan taklimat.
    Antara yang menghadiri taklimat berkenaan.

    Dalam taklimat itu, beliau menyentuh mengenai bagaimana para profesional menyelesaikan masalah tuntutan dan pertikaian apabila mereka menghadapi masalah tersebut di samping mengikut perkembangan undang-undang dan piawaian selaras dengan undang-undang pembinaan pada masa ini.

    Taklimat berkenaan juga sebagai platform bagi mengekalkan pembangunan profesional-profesional kejuruteraan mahupun undang-undang terkini secara berterusan.

    Lebih 100 orang menghadiri taklimat berkenaan yang terdiri daripada jurutera, arkitek, juruukur dan peguam dari sektor kerajaan dan swasta.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda