Wednesday, March 19, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bincang kaedah kukuh kerjasama Brunei-India

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Pengiran Norhashimah binti Pengiran Mohd Hassan dan Setiausaha (Timur), MEA, India, Shri Saurabh Kumar telah mempengerusikan bersama Konsultasi Pejabat Luar ke-8 antara Negara Brunei Darussalam dan India yang berlangsung di Bandar Seri Begawan, kelmarin.

    Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi India di sini, kedua-dua belah pihak telah menilai hubungan dua hala dan membincangkan kaedah untuk mengukuhkan lagi kerjasama termasuk dalam bidang perdagangan, perniagaan, pelaburan, pertahanan dan angkasa.

    Mereka juga bersetuju untuk meneroka kolaborasi dalam bidang ICT, pertanian, kesihatan dan farmaseutikal, maritim, kebudayaan serta pertukaran antara warga kedua-dua buah negara.

    Ia juga dipersetujui untuk meraikan ulang tahun penubuhan hubungan diplomatik ke-40 pada 2024 dan mengukuhkan pertukaran peringkat tinggi. Kedua-dua belah pihak juga akan menetapkan memorandum persefahaman yang akan dibincangkan dalam masa yang terdekat.

    Kenyataan seterusnya menyatakan Shri Saurabh Kumar juga mengadakan kunjung muhibah kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua; Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua serta Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

    Pengiran Norhashimah dan Shri Saurabh Kumar bergambar semasa pertemuan konsultasi tersebut. – Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda