Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bincang kaedah salur maklumat industri sawit lebih jelas

    KUALA LUMPUR, 8 FEB – Kerajaan bersama-sama Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) sedang berbincang mengenai kaedah untuk memperjelas serta memperluas maklumat industri sawit Malaysia dan Indonesia kepada global.

    Menerusi hantaran di media sosial X pada Khamis, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan bahawa beliau telah menerima kunjungan hormat daripada CPOPC untuk mengukuhkan kerjasama dan mengadakan perbincangan bagi manfaat industri sawit Malaysia dan Indonesia.

    Malaysia dan Indonesia mempunyai standard begitu tinggi dalam pengeluaran minyak sawit, katanya.

    Beliau berkata justeru, usaha bersama CPOPC itu merupakan antara strategi untuk mempromosikan industri sawit Malaysia bagi menjadikan minyak sawit sebagai pilihan utama masyarakat dunia seterusnya mengetahui mengenai kebaikan serta manfaat minyak sawit.

    Johari berkata pengeluaran minyak sawit amat penting bagi ekonomi Malaysia.

    “Seperti yang kita maklum, Malaysia merupakan pengeluar sawit nombor dua terbesar di dunia selepas Indonesia,” katanya.

    Isnin lepas, beliau turut menerima kunjungan Duta Mesir di Malaysia, Ragai Tawfik Nasir, di pejabatnya selain membincangkan kerjasama ekonomi dalam sektor sawit antara Malaysia dan Mesir semasa pertemuan itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...