Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bincang kepentingan Astrofiqh dalam kehidupan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 APRIL – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), baru-baru ini, telah menganjurkan Program Khidmat Akademik bagi sesi April 2022 kepada orang ramai secara dalam talian.

    Program berkenaan dikendalikan oleh Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) dan kuliah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah, Pusat Penyelidikan Mazhab Shafi’i, UNISSA, Prof Madya Dr Ibnor Azli bin Ibrahim.

    Pada kuliah 1 April lalu itu, Prof Madya Dr Ibnor Azli membawakan tajuk ‘Kepentingan Astrofiqh dalam kehidupan’ yang membincangkan mengenai apa itu Astrofiqh di samping meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai mengenai isu berkaitan dengan Astrofiqh yang mempunyai kaitan secara langsung degan akidah, syariah, akhlak dan kehidupan seharian.

    Menurut kenyataan daripada UNISSA, objektif program berkenaan dibukakan kepada orang ramai agar orang ramai beroleh ilmu pengetahuan asas terhadap bidang ilmu yang disampaikan.

    Prof Madya Dr Ibnor Azli (atas kiri) ketika menyampaikan kuliah semasa program secara maya berkenaan. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda