Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bincang mengenai NATO, Ukraine

    BRUSSELS, 31 Mac – Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson menekan sekutu-sekutu NATO hari ini untuk mempertingkatkan perbelanjaan tentera dan mengecam ‘pencerobohan’ Rusia di Ukraine, menguatkan nada pentadbiran Trump ke atas Moscow.

    Tillerson menyampaikan mesej itu ketika beliau bertemu rakan menteri-menteri luar negeri NATO buat pertama kalinya menjelang sidang kemuncak pada 25 Mei yang akan dihadiri oleh para pemimpin termasuk Presiden Donald Trump.

    “Seperti yang dijelaskan oleh Presiden Trump, ia tidak lagi mapan bagi AS untuk mengekalkan perkongsian tidak seimbang dalam perbelanjaan pertahanan NATO,” kata Tillerson di Brussels.

    Beliau menggesa rakan menteri-menteri luar negeri untuk bersetuju pada sidang kemuncak Mei nanti untuk mengeluarkan rancangan bagi penghujung tahun untuk memenuhi jaminan perbelanjaan.

    Negara-negara NATO pada awalnya bersetuju pada sidang kemuncak di Wales pada 2014 untuk menyumbang bersamaan dua peratus keluaran dalam negara kasar untuk pertahanan.

    (Dari kiri) Rex Tillerson, Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg dan Menteri Luar Negeri Ukraine, Pavlo Klimkin ketika menghadiri mesyuarat menteri-menteri luar NATO di ibu pejabat NATO di Brussels pada 31 Mac. – AFP
    (Dari kiri) Rex Tillerson, Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg dan Menteri Luar Negeri Ukraine, Pavlo Klimkin ketika menghadiri mesyuarat menteri-menteri luar NATO di ibu pejabat NATO di Brussels pada 31 Mac. – AFP

    Ketua NATO Jens Stoltenberg yang cuba untuk tidak menimbangkan pembiayaan itu, telah berusaha untuk meredakan kebimbangan bahawa Trump kurang komited kepada perikatan 28 negara berbanding pendahulunya.

    “Kami melihat komitmen kukuh AS kepada NATO, dengan ikatan transatlantik bukan hanya dari segi percakapan tapi juga dari segi perbuatan,” kata Stoltenberg, memetik pengerahan tentera AS di timur Eropah.

    Bekas perdana menteri Norway, Stoltenberg berkata sekutu-sekutu Eropah sendiri menyedari keperluan untuk memenuhinya memetik konflik di timur dan selatan sempadannya.

    Ucapan Tillerson lebih keras daripada yang sebelumnya diucapkan oleh Trump atau pegawai kabinet yang telah menekankan pemulihan hubungan AS dengan Moscow selepas ia menjadi dingin di bawah pemerintahan Presiden Barack Obama berhubung krisis di Ukraine.

    “Kami ingin berbincang sekitar kedudukan NATO di Eropah, terutamanya di timur Eropah dalam respons kepada pencerobohan Rusia di Ukraine dan tempat lain,” kata Tillerson kepada wartawan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda