Oleh Nurdiyanah R. – BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MEI – Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah bagi penyelenggaraan Pertemuan Sekretariat Majlis Bahasa Brunei Darussalam – Indonesia – Malaysia (MABBIM) sempena Forum Ketua MABBIM ke-2, pada tahun ini. Majlis pertemuan selama dua hari bermula hari ini merupakan mesyuarat pendahuluan sebelum berlangsungnya Forum Ketua MABBIM ke-2, 2025,

