Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bincang persiapan menjelang mesyuarat MABIMS

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OKT – Negara Brunei Darussalam selaku negara penghubung tetap, hari ini telah menghoskan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sekretariat MABIMS yang diadakan secara maya dari Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

    Mesyuarat dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim selaku ketua Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan (SOM) Negara Penghubung MABIMS dan dihadiri ketua-ketua SOM serta delegasi dari Indonesia, Malaysia dan Singapura.

    Menurut kenyataan yang diterima, mesyuarat membincangkan beberapa perkara substantif sebagai persiapan menjelang mesyuarat di peringkat SOM dan menteri-menteri MABIMS yang dijangka diadakan pada hujung tahun ini.

    Ia dihasratkan dapat mencapai sasaran dan matlamatnya melalui percambahan fikiran, perkongsian pengalaman dan maklumat bersama delegasi serta memperkasakan MABIMS melalui semangat kerjasama dan permuafakatan negara anggotanya terutama mendepani cabaran-cabaran semasa pandemik COVID-19.

    MABIMS merupakan pertemuan tahunan tidak rasmi menteri-menteri agama antara Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura bagi mencapai satu kesepakatan serantau atas dasar keagamaan seterusnya menjaga kemaslahatan dan kepentingan umat Islam tanpa mencampuri hal-hal bersifat politik negara-negara anggota.

    Haji Mohammad Rosli ketika mempengerusikan mesyuarat secara maya berkenaan. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda