Thursday, February 13, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bincang persiapan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan

    Oleh Ampuan Irma Susanti Ampuan Hussain

     

    TEMBURONG, 11 April – Mesyuarat pertama bagi membincangkan pelaksanaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 Tahun bagi peringkat Daerah Temburong telah diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Temburong, hari ini.

    Mesyuarat yang dihadiri oleh lebih 50 orang itu dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud. Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan ahli-ahli korporat di daerah ini.

    Mesyuarat antara lain membincangkan mengenai perancangan format awal persembahan khas termasuk lantikan ahli-ahli jawatankuasa tertinggi sambutan perayaan pada tahun ini.

    Pegawai Daerah Temburong dalam ucapannya menyatakan harapan agar setiap rakyat dan penduduk di daerah ini sama-sama tampil untuk berganding bahu dan bekerjasama dalam melaksanakan acara sambutan pada tahun ini seperti yang sudah-sudah dan akan dapat meningkatkan lagi mutu persembahan dan perlaksanaan acara sambutan.

    Awang Mohd Amir Hairil semasa mempengerusikan Mesyuarat Pertama Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, kelmarin.
    Awang Mohd Amir Hairil semasa mempengerusikan Mesyuarat Pertama Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda