Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bincang projek kastam BIMP-EAGA

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Dengan menumpukan perbincangan kepada pembangunan projek-projek kastam di bawah BIMP-EAGA, Mesyuarat Ketua-ketua Kastam BIMP-EAGA ke-14 telah diadakan di Hotel Radisson, di sini, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, di sini, mesyuarat dipengerusikan oleh Pemangku Pengawal JKED, Awang Muhammad Azizil Hakim bin Haji Brahim.

    Mesyuarat dihadiri oleh ketua pengarah kastam dan pegawai-pegawai kanan kastam BIMP-EAGA, BIMP-EAGA Facilitation Centre (BIMP-FC), Majlis Perniagaan BIMP-EAGA (BEBC) dan Bank Pembangunan Asia (ADB).

    Diadakan setiap tahun, mesyuarat bertujuan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan projek kastam di bawah BIMP-EAGA, perundingan dengan sektor swasta melalui BEBC serta kemas kini mengenai bantuan teknikal yang diberikan oleh ADB.

    Mesyuarat mengambil maklum mengenai hasil dan cadangan daripada Mesyuarat Menteri-menteri BIMP-EAGA ke-26 dan mesyuarat berkaitan serta Mesyuarat Kluster Pemudahcara Perdagangan BIMP-EAGA kali pertama yang antara lain mengenai penaiktarafan Kumpulan Kerja Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) kepada Kluster Pemudahcara Perdagangan sepenuhnya dan untuk mempercepatkan proses kerja pada projek selebihnya di bawah Rolling Pipeline Projects II (2023 – 2025).

    Awang Muhammad Azizil Hakim dan para peserta bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JKED
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda