Friday, December 9, 2022
22.7 C
Brunei

-

Bincang tarikh pembukaan Parlimen ke-15

KUALA LUMPUR, 24 NOV – Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tarikh pembukaan persidangan Parlimen ke-15, dalam masa terdekat 

Beliau menjangkakan persidangan pertama Parlimen selepas pembentukan kerajaan baharu diadakan pada bulan depan.

“Saya rasa perhatian utama sekarang ialah bagi pembentangan bajet mini bagi menjamin operasi negara berjalan lancar bagi Januari 2023, jadi ia (persidangan) perlu dibuat sebelum tahun baharu (2023),” katanya. 

Beliau berkata kepada pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10 di Istana Negara, di sini hari ini.

Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 hari ini.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan berkata satu sesi sidang khas Parlimen perlu diadakan bagi membentangkan belanjawan khas atau mini Bajet 2023 antaranya untuk membayar gaji penjawat awam sebelum 31 Disember. – Bernama

Tan Sri Azhar Azizan Harun ketika ditemui media selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara, kelmarin. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Australia, mangsa terselamat berang pembebasan Patek

SYDNEY, 8 DIS – Mangsa-mangsa letupan bom Bali 2002 berang hari ini selepas seorang daripada pembuat bom dibebaskan dari penjara Indonesia, hanya selepas menjalani...
- Advertisment -