Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bincang transformasi digital dalam perkhidmatan awam

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Persidangan Khas Perkhidmatan Awam membawa tema, Transformasi Digital dan Inovasi Berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) dalam Perkhidmatan Awam, mengingatkan kita bahawa AI bukan sahaja mengenai teknologi tetapi mengenai transformasi.
     
    AI dan peralatan digital adalah pemboleh di mana ia membantu membayangkan semula bagaimana kerajaan menyampaikan perkhidmatan yang lebih cepat, mudah dan berpaksikan kepada keperluan rakyat.
     
    Perkara itu ditekankan oleh Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Awang Ajman bin Haji Meludin dalam kata alu-aluannya di Persidangan Khas Perkhidmatan Awam sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) ke-32 yang berlangsung di Dewan Teater, JPM, hari ini.
     
    Beliau menyatakan dalam 2024 Government AI Readiness Index, Brunei berada di kedudukan ke-66 secara global iaitu meningkat daripada kedudukan ke-74 pada 2023.
     
    Meskipun mencerminkan peningkatan, Awang Ajman menjelaskan ia juga memerlukan kita untuk memperkukuhkan asas iaitu kepimpinan yang dapat membuat keputusan termaklum, sistem urus tadbir yang selamat dan beretika serta tenaga kerja dengan kemahiran yang boleh menukarkan AI kepada penyelesaian sebenar.
     
    Namun begitu, beliau menekankan bahawa perkembangan tidak seharusnya diukur dengan ranking global kerana perkara yang penting adalah pengalaman rakyat kita iaitu perkhidmatan yang lebih efisien, kurang halangan serta lebih banyak interaksi berpusatkan manusia dengan kerajaan.
     
    “Transformasi sebenar bermakna bergerak melangkaui proses yang berpecah-belah ke arah kerajaan yang lancar, proaktif dan responsif.”
     
    Mengulas mengenai persidangan khas berkenaan, Awang Ajman menyatakan acara menghimpunkan pakar dan penceramah yang akan mengongsi pandangan daripada amalan terbaik global kepada aplikasi tempatan.
     
    Beliau menerangkan matlamat sesi pembentangan dan forum semasa persidangan berkenaan bukan sahaja untuk membincangkan transformasi digital dan AI tetapi juga mengenal pasti langkah-langkah praktikal yang dapat memperkukuhkan institusi kita serta membimbing perkhidmatan awam ke hadapan.
     
    Awang Ajman menyampaikan kata alu-aluannya pada Persidangan Khas Perkhidmatan Awam, kelmarin. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Rockets atasi Cavs