Penggunaan aplikasi BruHealth di premis-premis perniagaan sememangnya baik untuk menangani COVID-19, namun ada premis yang juga menyediakan kertas untuk mengisi butiran bagi sesiapa yang ada kalanya sukar mengakses BruHealth atau ketika BruHealth tidak berfungsi.
Kertas itu juga adalah baik kerana ada kalanya kredit telefon habis sehingga menyukarkan untuk membuat pengesahan di BruHealth, maka ia boleh digunakan, tetapi apa yang saya musykilkan, ruangan dalam kertas itu bagai terlalu banyak maklumat yang diperlukan yang saya rasa agak privasi. Jika di aplikasi mungkin kita sahaja yang boleh tahu apa yang kita isi dan pihak relevan yang mempunyai akses, tetapi pada kertas itu mungkin boleh diakses ramai lagi.
Pada pendapat saya, jika pada kertas atau borang, memadailah nama penuh dan nombor telefon yang diisi kerana jika nombor kad pengenalan, alamat rumah juga diperlukan, mungkin agak mencabuli privasi bagi pengguna dan boleh dilihat juga oleh pelanggan lain.
Jaga privasi