Sunday, January 29, 2023
23 C
Brunei

-

Bintang Avengers Jeremy Renner patah 30 tulang

Pelakon filem Avengers iaitu Jeremy Renner dilaporkan patah 30 tulang ekoran digilis mesin bajak salji di kediamannya di Nevada, Amerika Syarikat pada awal Januari lalu.

Disebabkan insiden itu, Jeremy, 52, telah dimasukkan ke wad selama dua minggu gara-gara kenderaan seberat enam tan itu melanggarnya ketika dia sedang membersihkan salji di hadapan kediamannya.

Meskipun mengalami kecederaan parah namun Jeremy tetap bersemangat malah sempat memuat naik gambarnya yang terlantar di katil hospital bagi memaklumkan kepada peminat dia berada dalam keadaan baik.

“Sebanyak 30 tulang yang patah ini akan kembali pulih, sama seperti kasih sayang dan ikatan keluarga dan rakan-rakan yang memberi sokongan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas perhatian yang diberikan,” katanya.

Terdahulu, Jeremy dilaporkan mengalami kecederaan semasa cuba untuk memanjat kenderaan bajak salji itu untuk mematikan enjinnya.

Aktor itu mengalami kecederaan trauma pada bahagian dada selain mengalami patah tulang dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Untuk rekod, Jeremy pernah membintangi beberapa filem popular termasuk Mission: Impossible – Ghost Protocol, S.W.A.T, Hawkeye, Dahmer, Wind River dan banyak lagi. – Agensi

Jeremy ditimpa kemalangan pada awal Januari lalu. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -