Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bintang bola sepak wanita AS kongsi tip kejurulatihan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Sebagai platform untuk berkongsi ilmu kejurulatihan, lebih 30 orang guru dan jurulatih telah menghadiri Klinik Kejurulatihan yang diadakan di Dewan Kuliah Persatuan Bolasepak Negara Brunei Darussalam (FABD) hari ini.

    Guru latihan jasmani dan jurulatih dari pelbagai sekolah di seluruh Negara Brunei Darussalam serta ahli Jawatankuasa FABD yang menyertai klinik kejurulatihan tersebut berpeluang mendengarkan beberapa tip dan tunjuk ajar daripada dua bintang bola sepak wanita dari Amerika Syarikat (AS), Amy Allman Griffin dan Lorrie Fair Allen, yang masing-masing pernah menjadi juara Piala Dunia Wanita FIFA pada 1991 dan 1999.

    Semasa klinik berkenaan, Duta Sukan Jabatan Negara AS itu mendedahkan kunci bagi mengendalikan sesi latihan yang baik serta menekankan kepentingan untuk menjalin hubungan erat antara pemain dan jurulatih.

    Dengan adanya hubungan baik yang terjalin antara pemain dan jurulatih, sesi latihan akan berjalan dengan lebih selesa dan baik sekali gus memberikan keseronokan dalam latihan yang dijalankan.

    Pada masa yang sama, para jurulatih turut diperingatkan bahawa mereka merupakan role model yang selalu dilihat dan diikuti oleh para pemain. Oleh itu, mereka disarankan untuk menunjukkan contoh teladan yang baik.

    Amy Allman Griffin dan Lorrie Fair Allen turut berkongsi metodologi latihan berkesan yang diamalkan selama ini bagi membantu para jurulatih di negara ini menambah baik sesi latihan mereka.

    Amy Allman Griffin dan Lorrie Fair Allen semasa menyampaikan perkongsian mereka.
    Antara jurulatih dan tenaga pengajar latihan jasmani yang menyertai klinik berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda