LONDON, 31 Ogos – Chelsea berpeluang untuk melanjutkan permulaan mantap mereka di bawah kendalian pengurus baharu, Maurizio Sarri esok.
Tetapi bos England, Gareth Southgate tidak mungkin akan berada di Stamfrod Bridge untuk melihat mereka menentang Bournemouth. Sarri memiliki empat pemain antarabangsa England semasa mengambil alih di Stamford Bridge sebelum musim bermula tetapi pengurus dari Itali itu telah menurunkan tiga daripada mereka dalam tiga perlawanan pasukan Chelsea.
Southgate menamakan skuad selepas Piala Dunia pertamanya semalam dan melibatkan hanya seorang pemain Chelsea, Ruben Loftus-Cheek, yang dibenarkan hanya beraksi selama 22 minit bersama kelab itu setakat ini, diturunkan dari bangku simpanan di Huddersfield pada perlawanan pembukaan.
Pemain tengah itu memainkan peranannya dalam kemaraan pasukan England ke separuh akhir Piala Dunia selepas dipilih kerana aksi mantapnya ketika dipinjamkan selama semusim di Crystal Palace.
Sementara itu, Cahill sebelum ini memutuskan untuk mengakhiri karier bersama pasukan kebangsaan di England berikutan melalui musim yang sukar bersama Chelsea. – AFP