Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bintang filem sertai politik

    NEW DELHI, 31 Dis – Rajinikanth, bintang filem yang amat popular di India, yang menerima sanjungan dan dipuja seperti dewa di beberapa kawasan negara, mengumumkan penyertaannya dalam politik hari ini.

    Pengumuman pelakon berusia 67 tahun itu mengakhiri satu penantian selama hampir dua dekad untuk kebanyakan peminatnya, terutamanya di selatan negara Tamil Nadu di mana beliau dihormati dan dirujuk sebagai “The Superstar.”

    “Saya akan menubuhkan parti politik saya sendiri dan bertanding daripada kesemua 234 kerusi dalam pilihan raya akan datang,” beritahunya kepada penyokong di ibu negeri Chennai.

    Rajinikanth ketika mengumumkan penyertaannya dalam politik semasa sesi bertemu peminatnya di Chennai pada 31 Disember. – AFP

    Negeri itu, tempat tinggal kepada 72 juta orang, telahpun dibelenggu ketidakstabilan politik sejak kematian ketua menteri Jayalalithaa Jayaram pada Disember 2016, juga seorang bekas bintang filem.

    Rajinikanth bekerja sebagai konduktor bas di selatan bandar Bangalore sebelum berkunjung ke Chennai pada 1973 untuk memenuhi impiannya untuk menjadi seorang pelakon.

    Beliau bangkit untuk menjadi bintang terbesar dalam sejarah filem bahasa Tamil. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda