Friday, February 28, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bintang Hollywood ditemukan meninggal dunia di rumah

    LONDON, 27 FEB – Pelakon Amerika Syarikat yang pernah memenangi Oscar, Gene Hackman dan isterinya, Betsy Arakawa ditemukan meninggal dunia di kediaman mereka di New Mexico, Amerika Syarikat.

    Pejabat Syerif Daerah Santa Fe mengesahkan pasangan itu ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa pada petang Rabu di rumah mereka di Santa Fe.

    Gambar fail pelakon Gene Hackman bersama isterinya Betsy Arakawa. – AP

    Menurut polis, siasatan masih berjalan namun buat masa ini mereka tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah.

    Bintang Hollywood berusia 95 tahun itu memenangi dua Anugerah Akademi (Oscar) dan dua Anugerah BAFTA sepanjang kerjayanya yang menjangkau beberapa dekad.

    Hackman meraih Oscar bagi Pelakon Lelaki Terbaik pada 1972 menerusi wataknya sebagai Detektif Jimmy Popeye Doyle dalam filem The French Connection.

    Beliau turut memenangi Oscar bagi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Unforgiven  pada 1992, arahan Clint Eastwood. – Bernama

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda