Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bintang Hollywood hilang tawaran kerana pro-Palestin

    Agensi bakat Hollywood United Talent Agency (UTA) menggugurkan Susan Sarandon susulan kenyataan yang dibuat pelakon itu pada perhimpunan pro-Palestin di New York.

    Selain itu Melissa Barrera juga dipecat daripada membintangi filem Scream VII, selepas berkongsi kenyataan pro-Palestin di media sosial, lapor agensi Anadolu.

    Seorang jurucakap UTA yang dipetik oleh beberapa media Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa Sarandon digugurkan tetapi tidak mengulas lanjut.

    Pemenang Oscar itu menghadiri beberapa perhimpunan pro-Palestin dan berdepan kritikan.

    Pada perhimpunan yang diadakan di New York City pada 17 November lepas Sarandon berkata, “Terdapat ramai orang takut menjadi Yahudi pada masa ini dan merasai bagaimana rasanya menjadi seorang Muslim di negara ini.”

    Beliau bersama beberapa lagi bintang Hollywood, termasuk Joaquin Phoenix dan Cate Blanchett menggesa Presiden AS, Joe Biden, melaksanakan gencatan senjata bagi menamatkan konflik di Gaza.

    Semasa perhimpunan itu, Sarandon juga berkata kritikan terhadap Israel sepatutnya tidak dianggap sebagai ‘anti-Yahudi’.

    “Ada perkara yang sangat buruk berlaku di mana ‘anti-Yahudi’ telah dikelirukan sebagai bersuara menentang Israel.

    Majalah itu memetik beberapa sumber syarikat yang mendakwa Barrera digugurkan kerana memuat naik hantaran di media sosialnya, termasuk merujuk Israel sebagai tanah yang ‘dijajah’ dan mengatakan rejim itu mengawal media. – Bernama

    Pelakon Hollywood, Susan Sarandon (kiri) dan Melissa Barrera. – themerdekatimes.com
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...