TOKYO, 30 Okt – Presiden AS, Donald Trump akan dihiburkan dengan lagu hit ‘Pen-Pineapple-Apple-Pen’ (PPAP) dalam kunjungannya ke Jepun pada minggu depan.
Jepun akan menampilkan penyanyi pelik, Pikotaro yang menyanyikan lagu PPAP berdurasi 45 saat dan tular pada tahun lepas selepas dikongsi oleh bintang pop, Justin Bieber – semasa Trump mengunjungi bandar itu pada lawatannya ke Asia kelak, agensi berita Kyodo News melaporkan. Penyanyi itu merupakan penyanyi kegemaran cucu Trump, akan menghadiri majlis makan malam dihoskan oleh Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, sumber kerajaan memberitahu Kyodo.
Arabella Kushner, anak perempuan kepada Ivanka Trump dan Jared Kushner, dilihat menyanyi mengikut nada tersebut dalam sebuah klip yang dikongsi menerusi Instagram pada November lalu oleh ibunya.
Lagu bernada berulang-ulang itu, yang mana video Pikataro mengenakan kostum haiwan, dicatatkan dalam Guiness World Record sebagai lagu paling singkat dalam Billboard Hot 100. – AFP