Wednesday, December 25, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bintang reptilia Crocodile Dundee mati pada usia 90 tahun

    SYDNEY, 24 DIS – Seekor buaya air masin Australia yang terkenal kerana membintangi filem popular Crocodile Dundee mati pada usia 90 tahun, menurut kenyataan Zoo Darwin hari ini.

    Buaya sepanjang lima meter bernama Burt itu mati di Crocosaurus Cove, akuarium tempatnya tinggal sejak 2008.

    “Burt merupakan simbol kekuatan, daya tahan dan keberanian yang mencerminkan semangat Top End (Wilayah Utara Australia),” kata kenyataan itu.

    Dikenali sebagai ‘bujang sejati’, Burt ditangkap di sebatang sungai di Wilayah Utara pada 1980an sebelum menjadi salah seekor buaya paling dikenali di dunia.

    “Burt bukan sekadar seekor buaya, ia adalah simbol kekuasaan dan keagungan makhluk luar biasa ini,” kata pekerja akuarium itu, menggambarkan Burt sebagai ‘satu dalam sejuta’.

    Dalam filem Crocodile Dundee, Burt muncul dalam babak di mana watak wartawan Amerika, Sue Charlton, yang dilakonkan oleh Linda Kozlowski, diserang buaya ketika mengisi botol air, sebelum diselamatkan oleh Mick Dundee (Paul Hogan).

    “Babak tersebut menggunakan rakaman Burt yang melompat keluar dari air,” jelas Ketua Eksekutif Crocosaurus Cove, Penny Priest, kepada penyiar nasional ABC.

    “Jelas sekali, Burt tidak berada dalam keseluruhan adegan itu, tetapi di situlah ia membuat kemunculan pertama.” – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda