Monday, March 10, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bintang siri Baywatch meninggal dunia

    Pelakon yang popular menerusi siri Baywatch Pamela Bach meninggal dunia pada usia 62 tahun pada Rabu lalu.

    Memetik laporan mStar, Pamela ditemukan tidak bernyawa dengan kesan luka tembakan dipercayai dilakukan sendiri pelakon tersebut.

    Bagaimanapun pihak berkuasa masih melakukan siasatan berhubung punca sebenar kematian Pamela.

    Anak perempuannya iaitu Hayley Hasselhoff terkejut ketika bertemu mayat ibunya dan berlari ke luar rumah dalam keadaan menangis selepas melihat kejadian itu.

    Bekas suaminya Pamela iaitu aktor David Hasselhoff menyatakan rasa dukacita dan memohon agar memberi ruang privasi kepada mereka sekeluarga.

    Pamela dipercayai mati bunuh diri. – mStar

    “Keluarga amat bersedih dengan pemergian Pamela dan kami bersyukur dengan ucapan takziah daripada peminat dalam tempoh sukar ini.

    “Namun kami memohon diberi ruang dalam menempuh keadaan ini,” kata David.

    Untuk rekod, Pamela dan David berkahwin pada 1989, namun bercerai selepas 17 tahun bersama.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Taylor dan Hayley.

    Pasangan ini pernah bergandingan dalam siri popular Baywatch dan Knight Rider. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda