Monday, February 10, 2025
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bintang Vincenzo, Na Chul meninggal dunia

    Bintang drama bersiri popular Vincenzo, Na Chul dilaporkan meninggal dunia pada usia 36 tahun di sini, semalam.

    Menurut laporan portal Allkpop, Na Chul yang sedang menjalani proses rawatan disahkan meninggal dunia, semalam, akibat komplikasi kesihatan yang semakin teruk.

    Proses pengebumiannya akan berlangsung esok di Rumah Persemadian Hospital Universiti Soonchunhyang, di sini, lapor agensi.

    Na Chul pertama kali membuat kemunculan sebagai pelakon teater pada 2010 dan kemudian membintangi beberapa drama bersiri popular termasuk Vincenzo, Happiness, Through The Darkness dan Weak Hero Class 1.

    Pelakon Korea Kim Go-eun memberi penghormatan kepada mendiang pelakon, menyifatkan dia sebagai “lelaki, ayah, suami, anak dan kawan yang paling menakjubkan,” melalui laman Instagramnya. – Agensi

    Terkenal melalui watak dalam filem Vicenzo, Na Chul telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam setelah menghadapi komplikasi kesihatan yang teruk. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda