Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    BioNTech hasilkan vaksin untuk kanak-kanak

    FRANKFURT, 29 APRIL – BioNTech berkata hari ini ia menjangka vaksin COVID-19, dibangunkan bersama Pfizer, akan tersedia kepada golongan berusia 12 hingga 15 tahun di Eropah pada Jun ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif firma Jerman Ugur Sahin memberitahu akhbar Der Spiegel bahawa ia ‘sedang dalam fasa terakhir’ untuk menyerahkan dokumennya untuk diluluskan badan pengawal selia Eropah.

    Penilaian data percubaan ‘mengambil masa empat hingga enam minggu secara purata,’ tambahnya.

    Vaksinasi kanak-kanak dilihat sebagai langkah penting seterusnya untuk mencapai imuniti kelompok serta menghentikan pandemik.

    Prospek memvaksinkan kanak-kanak yang lebih tua sebelum bermulanya tahun persekolahan akan datang juga akan meringankan bebanan ke atas ibu bapa yang terpaksa menjalankan tugas serta memantau pembelajaran anak mereka.

    “Adalah amat penting untuk kanak-kanak kembali kepada kehidupan sekolah normal mereka dan membenarkan mereka berjumpa dengan keluarga dan kawan,” beritahu Sahin kepada Spiegel.

    Menteri Kesihatan Jerman, Jens Spahn juga menyuarakan keyakinan kanak-kanak boleh menerima suntikan mereka pada bulan-bulan akan datang.

    “Semasa cuti musim panas paling lewat, kami akan memberikan vaksin kepada remaja berusia 12 tahun sebaik sahaja menerima kelulusan,” kata beliau.

    Tindakan tersebut keluar selepas BioNTech dan Pfizer mengumumkan pada akhir Mac bahawa percubaan klinikal fasa 3 vaksin mereka untuk budak berusia 12 hingga 15 tahun menunjukkan ia 100 peratus berkesan dalam melindungi penyakit tersebut. – AFP

    Seorang pekerja kesihatan memeriksa Maria Tafur sebelum memberikan vaksin Pfizer-BioNTech di rumahnya di El Agustina di Lima kelmarin. BioNTech menjangka vaksin COVID-19, dibangunkan bersama Pfizer, akan diberikan kepada golongan berusia 12 hingga 15 tahun di Eropah mulai Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda