Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Biri-biri pakai lampin pakai buang, mikrofon?

    BRAZIL, 30 Mei – Pernahkah awda melihat biri-biri memakai lampin pakai buang dan menggunakan mikrofon? Ia agak lucu namun ia benar-benar berlaku kepada sekumpulan biri-biri di selatan Brazil.

    Sekumpulan penyelidik dari syarikat kajian agrikultur dan lanjutan pedalaman di selatan Brazil memakaikan sekumpulan biri-biri dengan lampin pakai buang dan memasang mikrofon bagi mengumpulkan maklumat mengenai pengeluaran susu biri-biri itu,

    Mikrofon dipasang bagi memastikan ternakan tersebut memakan rumput yang diragut di kawasan padang manakala lampin pakai buang dipakai untuk menadah najis dan air kencing ternakan tersebut, menurut laporan dipetik dari Daily Mail.

    Penyelidik kemudiannya menimbang sisa buangan bagi mendapatkan jumlah rumput hibrid khas Axonopus Catharinesis yang dihadam biri-biri tersebut.

    Kajian itu diharap dapat membantu mereka mengenal pasti jumlah rumput diragut oleh biri-biri tersebut dan memberi makanan secukupnya kepada haiwan ternakan itu bagi mempertingkatkan pengeluaran susu ke tahap maksimum. – Agensi

    Beberapa orang penyelidik melihat biri-biri dipakaikan lampin pakai buang dan mikrofon yang meragut rumput khas. – Foto dipetik dari DailyMail.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda