Wednesday, February 26, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Biro Wanita, MPK Sengkurong B peringati HK-41

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Bagi memperingati Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-41 (HK-41), Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sengkurong B dan Biro Wanita MPK Sengkurong B melalui inisiatif jawatankuasa telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena HK-41, hari ini.

    Majlis anjuran Biro Wanita MPK Sengkurong B yang diadakan di Hotel Parkview, Jerudong itu diteruskan dengan membaca tahlil dan Doa Arwah untuk keluarga MPK Sengkurong B sempena menyambut kehadiran bulan Ramadan 1446 Hijrah.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sumbangan derma kepada anak yatim ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Zainol bin Mohamed dan isteri.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayidul Istighfar, Selawat Tafrijiyah dan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Imam Masjid Sultan Sharif Ali, Mukim Sengkurong, Awang Amirul Amin bin Abdullah, yang juga memimpin bacaan tahlil dan Doa Arwah.

    Antara lain tujuan majlis diadakan adalah bagi memperingati HK-41, sebagai menunjukkan semangat patriotisme dan menonjolkan semangat Melayu Islam Beraja kepada setiap ahli akan erti kemerdekaan itu sendiri.

    Dengan perkumpulan ini juga akan menjadi peristiwa yang istimewa dan segar dalam ingatan semua ahli MPK dan Biro Wanita MPK Sengkurong B, di samping sentiasa bersyukur dapat menikmati hidup aman damai, sejahtera dan harmoni.

    Manakala majlis tahlil dan Doa Arwah pula adalah bagi memperingati sahabat handai, kaum keluarga ahli yang telah kembali ke rahmatullah dan menghadiahkan pahala kepada mereka.

    Turut hadir ialah Pemangku Ketua Kampung Sengkurong B selaku pengerusi majlis, Awang Abdul Razak bin Haji Ismail dan isteri; Penghulu Mukim Sengkurong B, Dr Haji Abdullah Hanif bin OKMD Haji Saman dan isteri; serta pengerusi dan timbalan pengerusi Biro Wanita MPK Sengkurong B.

    Gambar ramai semasa Majlis Doa Kesyukuran kelmarin. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Antara yang hadir pada majlis itu. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda