Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bisnes fesyen Rihanna rugi hampir RM200 juta

    Penyanyi dan usahawan antarabangsa, Rihanna dilaporkan telah mengalami kerugian sehingga AS$36 juta (RM152,244,000) akibat kegagalan kerjasama perniagaan fesyennya dengan rumah fesyen mewah Perancis, Louis Vuitton (LV).

    Berdasarkan laporan Murai.My, Rihanna telah melancarkan barisan pakaiannya, Fenty pada 2019 dengan kerjasama Louis Vuitton tetapi kolaborasi perniagaan itu telah gagal.

    Akibatnya, penyanyi itu telah kehilangan sejumlah wang besar sehingga menjejas nilai bersihnya gara-gara kesan pandemik COVID-19.

    Semasa pandemik, sekatan perjalanan telah menghalang Rihanna daripada mengunjungi rumah fesyen mewah Perancis itu, di mana tempat pengeluaran berlangsung. Keadaan ini telah disebut sebagai faktor utama kegagalan perniagaan ini.

    Apabila projek Fenty dilancarkan, Rihanna telah melabur sebanyak AS$34.86 juta, manakala LVMH iaitu syarikat induk Louis Vuitton pula melabur AS$34.88 juta.

    Walaupun Rihanna mempunyai nilai bersih sekitar AS$1.4 bilion, penyanyi dan usahawan itu masih mengalami kerugian besar kerana dia melaburkan modalnya melalui Denim UK Holdings dan menjadi pemegang saham 49.9 peratus.

    Pada 2021, Rihanna dan LVMH bersetuju untuk menutup barisan fesyen Fenty untuk memberi tumpuan kepada perniagaan kecantikan dan pakaian dalam.

    Sekadar info, Fenty yang dinamakan sempena Rihanna iaitu nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty, direka untuk melengkapkan kejayaan Fenty Beauty dan Savage x Fenty yang menawarkan koleksi pakaian, kasut dan aksesori mewah.

    Meskipun kolaborasi perniagaannya gagal, Rihanna tidak menyesal dan mendedahkan bahawa kini dia sibuk dengan era keibuannya. Bulan lepas, dia telah melahirkan anak perempuannya iaitu Rocki Irish. – Agensi

    Rihanna alami kerugian akibat kegagalan kerjasama dengan LV. – hollywoodreporter
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda