Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bitcoin diluluskan wang sah untuk kegunaan harian

    SAN SALVADOR, 9 JUN – Bitcoin akan menjadi wang sah di El Salvador, kata presiden negara, menjadikannya negara pertama yang meluluskan mata wang kripto untuk kegunaan harian.

    Penggubal undang-undang dalam Kongres negara Amerika Tengah itu meluluskan satu rang lewat semalam yang akan membenarkan mata wang digital itu digunakan untuk kebanyakan aspek kehidupan harian, daripada pembelian harta kepada pembayaran cukai.

    “Undang-undang Bitcoin baru sahaja diluluskan oleh majoriti ahli dalam perhimpunan perundangan, kata Presiden Nayib Bukele di Twitter selepas pengundian lewat semalam.

    “Satu sejarah!” tambah presiden.

    Pemimpin berusia 39 tahun itu berkata majoriti 62 daripada 84 penggubal undang-undang meluluskan rang itu, yang dicadangkan oleh beliau pada minggu lalu. Mata wang utama El Salvador adalah dolar AS dan masih tidak jelas bagaimana negara itu merancang melaksanakan bitcoin sebagai mata wang berfungsi.

    Pemimpin El Salvador telah mengalu-alukan mata wang maya itu sebagai ‘cara paling pantas untuk memindah’ berbilion dolar dalam pengiriman dan menghalang jutaan daripada hilang kepada pihak perantara. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda