Friday, February 28, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bitcoin jatuh di bawah US$80,000 untuk kali pertama sejak November 2024 – Data Perdagangan

    MOSCOW, 28 FEB – Harga bitcoin menurun sebanyak 5.5 peratus hari ini, jatuh di bawah AS$80,000 buat kali pertama sejak November 2024, menurut data perdagangan.

    Di satu daripada bursa mata wang kripto terbesar mengikut jumlah dagangan, Binance, harga bitcoin merosot kepada AS$79,823, di bawah paras AS$80,000 buat julung kali sejak 10 November 2024, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    Di Bursa Kripto Bitmex, harga bitcoin merudum kepada AS$79,350 sebelum meningkat sedikit  melebihi AS$80,000.

    Harga bitcoin mula meningkat selepas kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada awal November 2024, melonjak 62 peratus kepada paras tertinggi sepanjang masa melebihi AS$109,000 pada akhir Januari 2025 daripada sekitar AS$67,000. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda