Bitcoin merudum, China kawal ketat perlombongan kripto

BEIJING, 21 JUN – Bitcoin jatuh lebih 10 peratus hari ini selepas China memperluaskan tindakan kerasnya ke atas industri perlombongan mata wang kripto besar-besaran dengan sekatan ke atas lombong-lombong di wilayah penting barat daya.

Lombong-lombong China menjana hampir 80 peratus dalam perdagangan global dalam mata wang kripto meskipun tegahan perdagangan domestik sejak 2017, namun dalam beberapa bulan baru-baru ini beberapa wilayah telah mengarahkan lombong-lombong untuk ditutup ketika Beijing mula memantau industri terbabit.

Pihak berkuasa di wilayah Sichuan mengarahkan penutupan 26 lombong minggu lalu, menurut notis yang disebarkan meluas dalam media sosial China dan disahkan oleh bekas pelombong bitcoin.

Harga bitcoin jatuh serendah AS$32,309. Unit itu terjejas dalam beberapa minggu baru-baru ini, mencecah rekod hampir AS$65,000 pada April, sebahagiannya kerana tindakan keras Beijing.

Notis itu dilaporkan mengarahkan syarikat-syarikat tenaga untuk menghentikan bekalan elektrik kepada semua lombong mata wang kripto kelmarin. – AFP

Gambar bertarikh 1 Jun menunjukkan seorang wanita melintasi iklan mata wang kripto, Bitcoin di Hong Kong. Bank-bank di China berjanji untuk tidak akan membantu pelanggan meniaga Bitcoin dan mata wang kripto lain selepas kerajaan meningkatkan kawalan. – AP